Kelas Tulisan Jawi

Kelas e-learning jawi telah diadakan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam penguasaan tulisan Jawi. Kelas dimulakan dengan penerangan mengenai sejarah bermulanya tulisan jawi di Malaysia seperti Batu Bersurat di Terengganu. Seterusnya pelajar diperkenalkan dengan laman web ejawi.net. Ianya digunakan sebagai Jawi Editor memudahkan untuk menulis jawi secara terus tanpa menggunakan fizikal keyboard.

Ianya terbina di dalam (built-in) dan boleh terus dipaparkan di dalam teks editor terjemahan dan memudahkan untuk menyunting sebarang hasil terjemahan tanpa membuka perisian editor yang lain. Aktiviti seterusnya, pelajar diberi latihan untuk menukar tulisan rumi kepada jawi menggunakan ejawi.net dan menulis tulisan tersebut semula di kertas. Kelas diadakan bermula jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Seramai 5 orang pelajar yang menyertai kelas pada kali ini.

Maklumat lanjut http://presint18.pimaxis.my/aktiviti/2023/ELJawiJun.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *