Kuiz Permainan Digital Teka Silang Kata

Pada 2 Jun 2023 bersamaan hari jumaat, satu kuiz permainan berbentuk digital dan berkonsepkan teka silang kata telah diadakan di bilik latihan PEDi Tanjung Piai. Kuiz yang berbentuk teka silang kata ini dijalankan selama satu jam bermula 4.00 petang sehingga 5.00 petang. Peserta yang terlibat terdiri daripada lima orang iaitu seorang pelajar Sekolah Menengah dan empat orang pelajar sekolah rendah. Kuiz yang diarahkan untuk kesemua pelajar ini menjawab terbahagi kepada lima tajuk.

Tajuk teka silang kata ini adalah Peralatan PEDi Tanjung Piai, Nama Warna, Nama Para Rasul, Nama Negara Bola Sepak Piala Dunia 2022 dan Jenis Sukan. Konsep permainannya adalah para pelajar perlu mencari jawapan yang telah diberikan di dalam teka silang kata berkenaan dengan tepat dan pantas. Permainan ini bukan sahaja mampu mengasah minda dan kecekapan para pelajar dalam mencari jawapan akan tetapi membolehkan mereka cakna dengan tajuk kuiz yang dekat persekitaran.

Maklumat lanjut http://tanjungpiai.pimaxis.my/aktiviti/2023/CrosswordsJun.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *