Program MIV-IHE

Pada 17 jun 2023, bertempat di PEDi Batas Lintang program MIV-IHE anjuran MCMC dengan kerjasama UITM Arau telah dijalankan selama 4 Jam yang telah dihadiri oleh 15 orang peserta. Peserta program MIV ini terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah tingkatan 4, 5 dan lepasan SPM. Objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi penumpuan kepada peningkatan celik digital dalam kalangan komuniti dengan berkongsi dan menyampaikan pengetahuan yang berguna bagi meningkatkan literasi digital di kalangan masyarakat.

Antara aktiviti yang dijalankan di PEDi Batas Lintang adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta berkaitan penggunaan Microsoft Word bagaimana cara untuk melakukan tugasan seperti format, masukkan media, jadual dan penyimpanan dokumen.

Maklumat lanjut http://bataslintang.pimaxis.my/aktiviti/2023/MivIheJun.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *