Kelas Asas Shopee

Perkembangan teknologi informasi yang pesat telah membawa pengaruh dan perubahan baharu terutamanya dalam bidan perniagaan. Kini, E-commerce telah menjadi satu platform kepada usahawan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan kepada pengguna. Salah satu E-commerce yang sering digunakan oleh usahawan adalah Shopee. Shopee merupakan sebuah aplikasi E-commerce yang mudah alih dimana pengguna boleh melayari, membeli dan menjual di mana sahaja.

Tujuan :

Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan-usahawan IKS terutamanya di Ranau mengenai pemasaran secara atas talian dengan menggunakan platform Shopee. Dalam kelas ini, terdapat beberapa perkongsian yang telah dijalankan kepada peserta iaitu:

Cara membuka akaun Shopee khas untuk seller
Cara setup kedai Shopee seperti nama kedai, logo, description, dan sebagainya
Cara masukkan produk ke dalam akaun Shopee

Maklumat lanjut http://bataslintang.pimaxis.my/aktiviti/2023/ShopeeJun.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *