Kenali Komputer Dan Asas Menaip

Pada 24 Jun 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan kelas Asas ICT kenali komputer dan asas menaip pada pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang yang disertai oleh 4 orang peserta. Kelas ini mendedahkan komponen-komponen komputer serta fungsinya dan melatih peserta menaip dan merasai sendiri kemahiran menggunakan papan kekunci dan juga tetikus.

Untuk tugasan peserta menaip ucapan Hari Bapa sempena Sambutan Hari Bapa yang akan datang mengunakan applikasi Microsoft Word. Selain itu, kami dedahan modul KDB: Buli Siber. Kami kongsikan antara contoh-contoh perlakuan yang dikategorikan sebagai pembulian siber dan tip keselamatan elak menjadi mangsa buli siber. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Maklumat lanjut http://bengoh.pimaxis.my/aktiviti/2023/TypingJun.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *