Aktiviti Menjawab Kuiz Dan Teka-Teki Bergambar

Pada hari Selasa, 27 Jun 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan satu program iaitu menjawab kuiz dan teka-teki bergambar. Program bermula pada pukul 2:00 petang sehingga pukul 3:30 petang dan telah berlangsung selama 1 jam 30 minit serta telah disertai oleh kanak-kanak tempatan. Aktiviti yang dijalankan adalah menjawab soalan kuiz teka-teki bergambar iaitu mencari barang tersembunyi di dalam gambar.

Kuiz disediakan dalam bentuk bergambar dan peserta dikehendaki untuk mencari barang tersembunyi dalam tempoh masa yang ditetapkan sebelum staff PEDi dan peserta memeriksa jawapan bersama-sama. Tambahan lagi, turut dikongsikan juga dengan “Klik dengan Bijak”mengenai Lindungi Maklumat peribadi anda”dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Di akhir aktiviti ini, kami berharap agar setiap pembelajaran dan maklumat yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa depan.

Maklumat lanjut http://bengoh.pimaxis.my/aktiviti/2023/TekaTekiImgJun2.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *