Pada Sabtu, 10 Jun 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Parit Othman telah mengadakan satu kelas di bawah topik Microsoft Office Excel iaitu kelas penyediaan Petty Cash. Petty cash adalah sejumlah dana kecil yang disediakan oleh syarikat untuk pengunaan pengeluaran atau perbelanjaan kecil yang rutin atau mendadak. Petty cash biasanya didalam bentuk wang tunai. Antara contoh pengeluaran kecil yang menggunakan petty cash adalah seperti belian barang keperluan kedai, bil utiliti kecil, perbelanjaan staff dan lain-lain.
Pelajar telah diajar untuk menghasilkan lebaran atau ‘themplete petty cash’ dengan mengunakan formula operasi asas, peratusan, ‘filter dan sort’ serta beberapa formula lain. Selain itu, mereka turut belajar topik baru iaitu pengunaan formula ‘round’ yang mana digunakan untuk membundarkan nilai sen yang terhampir. Kekemasan dalam lembaran kerja juga diterapkan untuk membiasakan mereka menghasilkan hasil kerja yang kemas dan praktikal. Para pelajar juga diberikan tugasan untuk membentangkan setiap formula yang digunakan dalam latihan ini. Ia bertujuan untuk menilai tahap kefahaman mereka dan secara tidak langsung membantu mereka melatih kemahiran pembentangan mereka.
Maklumat lanjut http://paritothman.pimaxis.my/aktiviti/2023/PettyCashJun.html