KDB Pink Whatsapp

Pada 27 Jun 2023 yang lalu, pihak PEDi Sg. Bandung telah berkongsi mengenai “Amaran Terhadap Pink Whatsapp”. Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada apabila menerima jemputan untuk menyertai atau memuat turun aplikasi hasad “Pink WhatsApp.” Aplikasi hasad berkenaan boleh mengakses pelbagai item dalam telefon pintar pengguna seperti gambar, SMS dan senarai kenalan, yang boleh membawa kepada risiko keselamatan yang serius.

MCMC menasihatkan pengguna untuk tidak memuat turun dan memasang aplikasi ”Pink WhatsApp” tersebut, dan segera membuang aplikasi berkenaan sekiranya ia telah dipasang dalam telefon pintar mereka. Para pengguna disarankan untuk kekal berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan dengan ”Pink WhatsApp” kepada portal Aduan MCMC di pautan aduan.mcmc.gov.my atau talian hotline Aduan di 1800- 188-030.

Maklumat lanjut http://sgbandung.pimaxis.my/aktiviti/2023/PinkWAJun.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *