Pengenalan PEDi, Taklimat KDB dan E-Learning

Pada 16 Julai 2023, seramai 4 orang pelajar dari SK Abg Buyuk dan SMK Belawai telah menghadiri taklimat Klik Dengan Pengenalan PEDi, Taklimat KDB serta E-Learning Google Search) yang telah diadakan di Bilik Latihan PEDi Kg Jerijeh. Taklimat ini diadakan bagi memberi pendedahan berkaitan program Klik Dengan Bijak tentang disiplin penggunaan peralatan digital dan bahaya penyalahgunaan internet oleh masyarakat pada hari ini.

Di samping itu, sesi soal jawab juga diselitkan semasa taklimat berjalan. Taklimat seperti ini diharap berupaya meningkatkan kesedaran mereka terhadap penggunaan teknologi pada masa kini serta memberi kesedaran kepada masyarakat supaya berhati-hati apabila bekongsi maklumat peribadi mereka ke laman sosial. Pada akhir taklimat, peserta diajar cara untuk mencari maklumat daripada sumber internet.

Maklumat lanjut http://kgjerijeh.pimaxis.my/aktiviti/2023/IntroPEDiJul.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *