Kelas E-Learning (Kuiz Matematik)

Kelas E-Learning yang diadakan pada Sabtu yang lalu adalah kelas E-Learning yang pertama kali diadakan di PEDi Pokok Sena iaitu dengan menggunakan sukatan pembelajaran Matematik. Menyedari tentang pentingnya masa lapang yang diisi oleh pelajar-pelajar pada hujung minggu, PEDi Pokok Sena telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas E-Learning (Kuiz Matematik) yang dilakukan secara online bagi membantu pelajar-pelajar untuk mengulang kaji semula pelajaran. Walaupun begitu, kelas ini telah dibahagikan dan diasingkan mengikut tahap umur peserta iaitu tahap 1 dan 2 bagi memudahkan staff PEDi untuk memberikan tugasan kepada mereka.

Peserta-peserta dilihat memberi kerjasama dan menunjukkan minat di dalam Kuiz Matematik yang dijalankan sepanjang kelas berlangsung. Mereka juga dilihat lebih banyak memberi tumpuan kerana Kuiz yang dilakukan sangat menarik dan juga bersesuaian tahap umur mereka. Melihat kesungguhan anak-anak di setiap kelas yang diadakan, para ibu bapa berharap agar kelas seperti ini dapat diadakan lebih banyak pada masa akan datang. Staff PEDi Pokok Sena juga mengambil kesempatan kelas yang berlangsung selama dua jam ini untuk memberi taklimat tentang Klik Dengan Bijak (KDB) kepada peserta-peserta agar mereka lebih berhati-hati ketika berkongsi maklumat peribadi di dalam media sosial.

Maklumat lanjut http://pokoksena.pimaxis.my/aktiviti/2023/QuizMathJun.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *