Pada 01 Ogos 2023 (Selasa) – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Putrajaya telah menjayakan Taklimat Keselamatan Siber yang diadakan di SK Putrajaya Presint 11 (1). Program ini adalah jemputan khas dari pihak sekolah yang diadakan selama dua jam bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi bertempat di Bilik Serbaguna melibatkan 200 orang pelajar Tahun 6 dan lima orang guru sekolah.
Program dimulakan dengan tayangan video senaman A Ram Sam Sam dan pelajar diminta bersama-sama melakukan senaman ini. Seterusnya Petugas PEDi, Puan Haryati Binti Sedali memberi penerangan mengenai PEDi merangkumi lokasi, peranan, kemudahan dan latihan yang ditawarkan oleh PEDi kepada pelajar dan komuniti setempat. Bagi aktiviti seterusnya, Puan Haryati menyampaikan Taklimat Keselamatan Siber yang bertajuk : Keselamatan Internet Tanggungjawab Bersama. Melalui perkongsian ini, pelajar didedahkan kepada penggunaan internet yang baik, jenis – jenis ancaman siber dan tips kawalan kendiri yang boleh dijadikan panduan oleh pelajar.
Seterusnya diadakan aktiviti pop kuiz dan kuiz online Word Wall yang dikendalikan oleh Petugas PEDi, Puan Sarahhaziqah binti Usoldin. Pelajar yang berjaya memberikan jawapan yang tepat menerima hadiah istimewa dari PEDi. Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah saguhati kepada petugas PEDi dan guru yang terlibat serta sesi bergambar bersama pelajar.
Maklumat lanjut http://presint9f3.pimaxis.my/aktiviti/2023/CyberSecureAug.html