Maklumat Palsu, Oversharing & Jenayah Siber

Pada 16 Julai 2023 bersamaan hari Ahad, staff PEDi Batang Melaka telah mengadakan taklimat Klik Dengan Bijak mengenai Maklumat Palsu, Oversharing & Jenayah Siber kepada komuniti. Klik Dengan Bijak adalah sebuah inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan dan perlindungan di Internet.

Antara isi dari perkongsian taklimat tersebut adalah maksud maklumat palsu, cara untuk menilai maklumat, cara untuk memeriksa sumber maklumat, maksud oversharing, maklumat-maklumat yang tidak perlu dikongsi, contoh oversharing, risiko oversharing, langkah untuk menangani sikap oversharing, maksud jenayah siber, jenis-jenis ancaman dalam talian, cara untuk mengelak helah siber, perkara yang perlu dibuat jika menjadi mangsa kepada jenayah siber dan contoh muslihat siber. Taklimat diakhiri dengan menguji pemahaman komuniti mengenai perkongsian tersebut dengan menjawab kuiz di Quizizz.

Pautan Laman Web : sebenarnya.my

Maklumat lanjut http://batangmelaka.pimaxis.my/aktiviti/2023/CyberCrimeJul.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *