Kelas Usahawan: Orintasi Mulakan Perniagaan Bersama Cuckoo

Sabtu bersamaan 5 Ogos 2023, pihak PEDi Spaoh telah mendapat kunjungan daripada salah seorang usahawan PEDi Spaoh yang akan menghadiri kelas orintasi mulakan perniagaan bersama pihak Cuckoo. Beliau memohon tunjur ajar daripada piahk PEDi Spaoh. Kelas orintasi yang bermula pada pukul 9 tersebut selesai pada pukul 12:30 tengahari. Selain menghadiri kelas orientasi tersebut, pihak PEDi Spaoh turut memberi tunjuk ajar cara untuk menarik minat pelanggan untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bisnes yang kita lakukan.

5 cara untuk dapat pelanggan secara percuma:

1- Hubungan orang dengan orang
Berhubungan dengan 1,000 orang melalui pelbagai platform yang ada, Facebook Group, LinkedIn, komuniti setempat dan lain-lain.

2- Tawarkan Tempoh Percubaan Bagi Servis Anda
Pelanggan mahu berbelanja wang mereka dengan jenama yang boleh dipercayai. Justeru itu, anda boleh tawarkan tempoh percubaan secara percuma kepada pengguna sebelum mereka hendak membelinya. Berikan mereka keyakinan bahawa produk/servis anda merupakan solusi terbaik bagi masalah yang dihadapi.

3-Berkolaborasi
Cari kolaborasi yang boleh dijalankan dengan perkhidmatan atau jenama yang lebih besar. Produk atau servis anda boleh dijadikan sebagai nilai tambah kepada pelanggan-pelanggan atau audiens sedia ada ataupun yang baru.

4-Pertemuan offline
Kini orang ramai sudah boleh merentas negeri dan keluar negara bagi mereka yang sudah lengkap 2 dos vaksin. Selain keberadaan online yang baik, pertemuan offline juga diperlukan bagi mendapatkan prospek dalam industri anda.

5- Mohon perkongsian referrals
Gunakan kegembiraan pelangan-pelanggan anda dengan baik. Ingatkan mereka bahawa anda mungkin baru bermula dan memerlukan lebih ramai orang untuk menggunakan produk/servis yang ada. Dapatkan nombor orang lain, referrals daripada mereka. Bila mereka sudah cuba, yakin dan gembira dengan produk atau servis anda, lebih mudah untuk mereka kongsikan kepada rakan lain malah berikan kontak kenalan rapat kepada anda.

Pihak PEDi Spaoh berharap usahawan dapat menimba sedikit sebanyak ilmu yang dikongsi bersama dan dapat dipraktikkan dalam perniagan beliau.

Maklumat lanjut http://kgbaruspaoh.pimaxis.my/aktiviti/2023/BizCuckooAug.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *