STEM-IOT (Sudoku)

Pada 16 Ogos 2023, PEDi Felda Taib Andak telah menganjurkan aktiviti bermain SUDOKU. Seramai tiga orang pelajar telah hadir menyertai aktiviti pada hari ini. Aktiviti telah berlangsung selama 1 jam setengah bermula dari 3.00 petang sehingga 4.30 petang. Para pelajar telah diajar cara bermain dan konsep menyelesaikan SUDOKU. Tujuan kelas ini adalah untuk membantu para pelajar cara untuk menyelesaikan masalah dengan permainan SUDOKU.

Dapat dilihat para pelajar seronok dengan permainan menguji minda seperti SUDOKU ini. Hal ini adalah perkara dan permainan baharu buat mereka. Diharapkan kelas seperti ini dapat memberi manfaat kepada peserta yang terlibat dan mengharapkan lebih banyak aktiviti ilmu diadakan bersama mereka kelak.

Maklumat lanjut http://feldataibandak.pimaxis.my/aktiviti/2023/SUDOKUAug.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *