Kelas ICT (Asas Microsoft Word)

Pada 02 September 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas ICT (Microsoft Word) yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 5:00 petang. Kelas tersebut telah dijalankan di dalam bilik latihan PEDi Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 4 orang pelajar sekolah rendah. Di dalam kelas asas Microsoft Word ini, para peserta telah didedahkan dengan asas penggunaan Microsoft Word seperti ubahsuai teks, perenggan dan fungsi-fungsi yang ada di dalam Microsoft Word.

Para peserta juga telah diberikan latihan untuk membuat jadual dan menaip petikan bagi menguji tahap pemahaman mereka terhadap topik yang telah dipelajari. Diharap program seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya mereka dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Maklumat lanjut http://rantaupanjang.pimaxis.my/aktiviti/2023/WordSept.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *