Pada 20 Ogos 2023 (Ahad) – PEDi Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan kelas Latihan Pemantapan IoT – Applikasi Scratch bagi siri ke-3 untuk ahli PEDi terdiri daripada 5 orang peserta lelaki dan latihan ini berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 10
Pada sesi kali ini, peserta mempelajari cara membina game – Apple Catcher menggunakan applikasi Scratch. Seperti biasa di permulaan sesi, petugas PEDi memberikan penerangan pada setiap bahagian dan fungsi di dalam applikasi tersebut dan setiap peserta diminta untuk membina permainan tersebut secara individual. Peserta perlu memastikan permainan tersebut berjaya dimainkan dan mendapat bacaan score. Melalui aktiviti ini, dapat meningkatkan kreativiti peserta dan menambah kemahiran mereka dalam penggunaan applikasi terkini
Pada sesi kedua, diadakan aktiviti pencarian word search bertemakan Infomation Technology dimana peserta perlu mencari perkataan tersembunyi secara atas talian – TheWordSearch.com. Peserta perlu melengkapkan pencarian dalam suatu tempoh masa dan peserta yang berjaya dalam tempoh masa yang paling minima dikira sebagai pemenang.
Maklumat lanjut http://presint9f10.pimaxis.my/aktiviti/2023/20%20ogos%202023.html