E-Learning: Mengenal Kelengkapan Didalam Makmal Komputer Dan Latihan Menaip

Pada 8 September 2023, Kelas ICT PEDi Parit Othman telah menjalankan kelas eLearning. Sesi pembelajaran kali ni dijalankan dengan mengunakan konsep belajar sambil bermain. Pelajar diberikan sebanyak 5 permainan berlainan dalam talian dari aplikasi www.abcya.com. Permainan tersebut merangkumi permainan menguji kecekapan menaip peserta serta mempelajari kelengkapan yang berkait didalam sebuah makmal komputer. Dipermulaan kelas, pelajar telah diberi penerangan mengenai cara bermain permainan tersebut. Mereka turut diminta untuk mencatit perkataan Bahasa Inggeris yang tidak mereka fahami untuk bersama-sama mencari maksud atas perkataan tersebut.

Para pelajar telah dikesan masih lemah dalam kemahiran menaip. Disebabkan itu, diharap dengan kelas kali ini mampu melatih kemahiran menaip mereka. Untuk sesi pengenalan alatan didalam makmal pula, mereka diarah untuk mengenal pasti setiap gadget yang dipaparkan dan telah dikongsi mengenai fungsi untuk setiap peralatan tersebut. Dengan mengunakan konsep belajar sambil bermain ini dilihat dapat merangsang minat mereka untuk terus menerokai ilmu ICT.

Maklumat lanjut http://paritothman.pimaxis.my/aktiviti/2023/8%20sept%202023.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *