Kelas Belajar Membuat Jadual Menggunakan Microsoft Word

Terdapat banyak kebaikan jika kita mempunyai jadual harian terutamanya bagi adik-adik yang sedang cuti sekolah.Setiap orang akan mempunyai rancangan dan tugasan masing-masing pada hujung minggu ataupun pada waktu cuti yang harus diselesaikan tepat pada waktu.

Disebabkan terlalu banyak kegiatan yang kita lakukan,kadang-kadang membuatkan kita terlupa untuk melaksanakan 1 atau 2 tugasan lain.Oleh itu,Jadual diperlukan agar kita dapat mengatur masa dan berdisiplin agar kita tidak terlalu banyak membuang masa dalam melakukan aktiviti yang kurang berfaedah.

Selain itu,kelas ini juga bertujuan untuk mendedahkan para peserta cara-cara menggunakan fungsi-fungsi yang ada dalam Microsoft Word di samping menaip.

Maklumat lanjut http://kgtaee.pimaxis.my/aktiviti/2023/26%20ogos%202023.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *