Kelas Membaiki Telefon Bimbit

Pihak pengurusan PEDI RPA Arau, PEDI ,PEDi Tambun Tulang dan PEDi Batas Lintang telah mengadakan Program Literasi Komputer Dan Keusahawanan kepada pelajar GiatMara Kangar Kursus Kelas Membaiki Talifon Bimbit. Program yang diadakan di Pusat Internet RPA Arau disertai oleh 10 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 Petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka.

Kelas ini telah diaadakan selama dua hari. Pada hari pertama pelajar didedahkan dengan pengenalan kepada asas keusahawanan dan jugak beberapa modul berkaitan. Pada hari kedua pelajar perlu membentangkan hasil kerja mereka bagi mengukuhkan lagi soft skill mereka dalam penyampaian maklumat dan ketika bercakap di hadapan orang ramai untuk pitchingkan produk mereka. Antara isi kandungan program adalah mengenai penggunaan media social seperti facebook page sebagai medium mempromosikan perniagaan dan sedikit asas pengenalan perniagaan dalam talian.Selain itu mereka diselitkan pembelajaran CANVA dan Plan Perniagaan.Mereka juga diajar teknik Fotografi dan videografi bagi tujuan untuk produk makerting.

Maklumat lanjut http://kgsuraurpa.pimaxis.my/aktiviti/2023/GMRepairHPAug.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *