Kelas E-Learning – (Pertandingan Mewarna Merdeka)

Pada 25 Ogos 2023 ( Jumaat ) PEDi Pokok Sena telah mengadakan satu pertandingan mewarna bersempena dengan bulan kemerdekaan. Seramai 18 orang peserta telah menyertai pertandingan pada hari tersebut. Peserta terdiri dari Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad, Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau, dan Sekolah Kebangsaan Bukit Payong. Setiap peserta yang menyertai pertandingan pada hari tersebut membawa set peralatan alat tulis dan juga pensil warna bagi sesi pertandingan mewarna.

Sebelum bermula pertandingan ,para petugas PEDi memberikan beberapa kuiz kemerdekaan untuk melihat tahap pengetahuan para peserta dan juga ketangkasan menjawab kuiz tersebut. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menyemai semangat patriotik dan menanam semangat cinta akan negara dalam kalangan peserta yang hadir. Selain itu, untuk melihat kreativiti dan juga hasil kreatif para peserta.Peserta yang mewarna mengikut syarat yang dikehendaki serta mewarna dengan kemas dan cantik diberikan hadiah dari petugas PEDi Pokok Sena.

Maklumat lanjut http://pokoksena.pimaxis.my/aktiviti/2023/WarnaMerdekaAug.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *