Asas ICT – ICT Week for Kids

Pada 8 Oktober 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Asas ICT – ICT Week for Kids yang bermula dari pukul 11:00 pagi sehingga 1:00 tengah hari bertempat di bilik latihan PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 10 orang peserta.Minggu ICT Week for Kids pada bulan Oktober ini dibahagikan kepada 4 sesi. Untuk sesi yang pertama, para peserta akan didedahkan dengan kompenen-kompenen komputer. Aktiviti ini bertujuan untuk membiasakan para peserta khususnya kanak-kanak untuk mengenali dengan lebih dekat lagi tentang komponen-komponen yang terdapat pada sesebuah komputer.

Untuk sesi yang kedua, para peserta terlebih dahulu didedahkan dengan platform Quizizz. Selepas itu, para peserta dikehendaki untuk menjawab soalan kuiz yang berkaitan dengan ICT. Ini bertujuan untuk menguji tahap penguasaan para peserta berkenaan topik yang telah diajar. Seterusnya, untuk sesi yang ketiga pula para peserta telah diajar cara menaip yang betul. Para peserta terlebih dahulu diajar bagaimana cara untuk menggunakan papan kekunci dengan betul. Selepas itu, untuk menguji tahap penguasaan para peserta, mereka dikehendaki untuk melakukan ujian menaip menggunakan platform typing.com.

Bagi sesi yang terakhir, para peserta telah diperkenalkan dengan platform thewordsearch.com. Para peserta dikehendaki untuk mencari perkataan-perkataan tersembunyi yang berkaitan dengan ICT menggunakan platform ini. Objektif aktiviti ini adalah untuk mendedahkan para peserta dengan asas ICT dengan lebih mendalam. Diharap program seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat dan seterusnya mereka dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Maklumat lanjut http://kgjeriah.pimaxis.my/aktiviti/2023/ICTWeekOct.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *