Kelas Aktiviti STEM – Kipas Angin Buatan

Pada 25 September 2023, Pusat Ekonomi Digital Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan Kelas Aktiviti STEM – Kipas Angin Buatan pada pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang yang disertai oleh 6 orang peserta. Kipas angin buatan ini dihasilkan daripada barangan kitar semula iaitu botol plastic dan beberapa yang mudah diperoleh. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar meneroka pembelajaran di luar bilik darjah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi.

Selain itu juga dapat meningkatkan kemahiran praktikal pelajar dan mendorong kreativiti dalam menghasilkan sesuatu aktiviti. Tambahan pula, kami dedahan modul KDB: mobile e-waste iaitu tanggungjawab para pengguna gejet untuk pengitaran semula sisa elektronik mereka. Sisa-sisa elektronik boleh dibuang ke dalam kotak yang disediakan oleh pihak MCMC yang terdapat di Pusat-pusat internet berdekatan. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang.

Maklumat lanjut http://braangbayur.pimaxis.my/aktiviti/2023/KipasAnginSept.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *