e-Learning – Pencemaran Alam Sekitar & Kitar Semula

Pada 8 Oktober 2023, Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas e-Learning – Pencemaran Alam Sekitar & Kitar Semula yang bermula dari pukul 12:00 tengah hari sehingga 1:00 tengah hari bertempat di PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 10 orang peserta. Untuk e-Learning – Pencemaran Alam Sekitar, para peserta telah diajar tentang jenis-jenis pencemaran. Para peserta juga telah diajar kesan-kesan pencemaran terhadap alam sekitar dan manusia. Selain itu, para peserta turut diajar bagaimana cara-cara bagi mengurangkan kadar pencemaran untuk kelestarian alam sekitar.

Seterusnya, untuk e-Learning – Kitar Semula pula, para peserta telah diajar tentang proses-proses kitar semula. Para peserta turut diajar tentang jenis atau bahan-bahan yang boleh dan tidak boleh dikitar semula. Selain itu, para peserta juga telah didedahkan dengan kepentingan amalan kitar semula yang dapat membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar. Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini boleh menjadikan suasana pembelajaran e-Learning di PEDi lebih menarik dan menyeronokkan seterusnya dapat menarik lebih ramai komuniti setempat datang ke PEDi.

Maklumat lanjut https://kgjeriah.pimaxis.my/aktiviti/2023/EnviPoluOct.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *