Program Pintar ICT Tabika Kemas Parit Othman

Pada 17 September 2023, Tadika Kemas Parit Othman telah mengunjungi PEDi Parit Othman untuk menghadiri Program Pintar ICT. Program ini dihadiri seramai 13 orang peserta yang terdiri dari pelajar tadika berkenaan. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai ICT. Diawal program, para pelajar diajar beberapa nama dan fungsi alatan komputer seperti papan kekunci, tetikus dan desktop. Seterusnya, para pelajar diminta mengenal pasti huruf dan menaip di Microsoft Word kesemua huruf dari A-Z dengan mengunakan papan kekunci dan tetikus.

Setelah selesai, program ini diakhiri dengan permainan dalam talian iaitu alphabetical order dari abcya.com. Walaupun para peserta menghadapi sedikit kesukaran untuk mengunakan tetikus dan papan kekunci kerana ini merupakan kali pertama mengunakannya buat kebanyakkan dari mereka, tetapi mereka tetap bersemangat dalam menyiapkan kesemua tugasan yang diberi. Diharapkan program seperti ini serba sedikit dapat menambahkan ilmu dan minat dalam mempelajari ilmu ICT yang meluas ini.

Maklumat lanjut https://paritothman.pimaxis.my/aktiviti/2023/17%20sept%202023.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *