Program Pintar ICT Tabika Kemas Parit Othman

Pada 12 Oktober 2023, Tadika Kemas Parit Othman telah mengunjungi PEDi Parit Othman untuk menghadiri Program Pintar ICT anjuran bersama antara Tadika Kemas Parit Othman dan PEDi Parit Othman. Program ini dihadiri seramai 14 orang peserta yang terdiri dari pelajar tadika berkenaan. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai ICT. Diawal program, para pelajar diminta untuk mengingat kembali apa yang telah dipelajari pada sesi lepas. Jika sesi sebelum ini, mereka didedahkan cara untuk menulis huruf besar di komputer. Maka, kelas kali ini pula mefokuskan pada penulisan huruf kecil pula.

Selepas selesai sesi mengulangkaji, mereka diminta meniru bentuk huruf kecil yang ada didalam permainan didalam talian (abcya.com). Permainan ini dilihat sangat membantu mereka untuk lebih mahir dalam kemahiran memegang tetikus. Selain itu, mereka juga dapat melatih kemahiran fokus dan semangat menyelesaikan masalah. Sebelum berakhir program kali ini, mereka diuji kefahaman mereka di Microsoft Power Point. Mereka disediakan 5 slide latihan mengenai nama haiwan. Mereka perlu menulis kembali nama haiwan tersebut didalam tulisan huruf besar dan huruf kecil. Diakhir sesi, hampir kesemua pelajar dilihat boleh memahami pelajaran yang diajarkan.

Maklumat lanjut https://paritothman.pimaxis.my/aktiviti/2023/PintarICTOct.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *