Kelas ICT (Pengenalan Kepada PC & Microsoft Word)

Pada 7 Oktober 2023 PEDi Pokok Sena telah mengadakan Kelas ICT untuk murid Sekolah Kebangsaan Tamil Ladang Jabi. Seramai 10 orang peserta telah menyertai kelas pada hari tersebut.Kelas bermula jam 10 pagi dan tamat pada pukul 12 tengahari. Semua peserta pada hari tersebut merupakan peserta yang baru menyertai aktiviti yang dilakukan di PEDI. Antara aktiviti yang dilaksanakan pada hari tersebut adalah berkaitan Pengenalan Komponen – Komponen Asas Komputer dan cara-cara penggunaannya.

Selain dari itu juga murid diberikan petikan karangan ringkas sebagai latih tubi menaip selepas diberi penerangan ringkas oleh petugas PEDi.Para peserta memberikan respon yang positif dari kelas yang mereka sertai. Petugas PEDi juga berharap kelas ICT yang dilakukan mampu membantu para peserta agar sentiasa meningkatkan lagi ilmu ICT dari masa ke semasa.

Maklumat lanjut https://pokoksena.pimaxis.my/aktiviti/2023/KelasICTOct.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *