Mesyuarat Program KITAR

Pengurusan KITAR MCMC telah mengadakan mesyuarat secara atas talian menggunakan Ms Team bersama PEDi yang terpilih untuk Projek Kitar Semula Peranti Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Kecil atau nama singkatannya, KITAR. Tujuannya adalah untuk menerangkan projek KITAR serta pembayaran untuk jenis koleksi e-sisa kepada staf PEDi. Projek KITAR adalah bertujuan untuk mengitar semula peranti lama dan yang telah rosak.

Selain itu, matlamat utama projek ini adalah agar rakyat Malaysia dapat memupuk semangat kitar semula khususnya kepada alat peranti yang lama dan tidak digunakan lagi memandangkan berlakunya peningkatan sisa berkenaan di seluruh dunia pada kadar yang membimbangkan Projek KITAR ini juga menggantikan projek lama yang dikenali sebagai e-waste. PEDi Presint 18 merupakan antara 2 PEDi di Putrajaya yang telah dilantik oleh MCMC sebagai pusat pengumpulan barang KITAR.

Maklumat lanjut https://presint18.pimaxis.my/aktiviti/2023/ProgramKITAROct.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *