Simulasi Perniagaan

Kelas ICT PEDi Othman telah menjalankan aktiviti simulasi perniagaan. Aktiviti ini menyasarkan peserta untuk mendapat gambaran mengenai bagaimana transaksi perniagaan itu terjadi. Para peserta diberi pendedahan mengenai istilah yang sering digunakan dalam perniagaan beserta contoh untuk membantu kefahaman mereka. Aktiviti ini mengunakan permainan Jutaria sebagai fokus utama. Dengan permainan ini, peserta juga turut melatih kemahiran lain seperti berani mengambil keputusan, merancang aliran duit mereka dan juga dapat membantu mereka berfikiran kreatif untuk mendapatkan untung yang maksima.

Aktiviti ini dimulakan dengan permainan Jutaria. Setiap peserta diberikan pengenalan dan peraturan permainan ini sebelum memulakan sesi permainan. Selepas itu, mereka diberikan modal. Dengan modal ini, diarahkan mereka untuk cuba menambahkan untung dan aset mereka. Traksaksi aliran duit membantu mereka melatih kemahiran mengira. Sikap saling bersaing dengan rakan lain juga dilihat dapat dipupuk melalui permainan ini. Selepas sejam permainan ini dijalankan, kelas ini teruskan dengan sesi pengenalan istilah yang biasa digunakan didalam perniagaan.

Dengan mengunakan bahan dari Microsoft Powerpoint yang telah disediakan oleh petugas PEDi, mereka diberi penerangan mengenai maksud usahawan, peniaga, modal, untung, belanja dan aset. Dengan mengunakan permainan Jutaria tadi sebagai contoh telah membantu mereka untuk lebih memahaminya. Kelas ini diakhiri dengan sesi mencatat kesemua aset dan untung peserta didalam Microsoft Excel. Walaupun agak sukar mereka mengunakan Microsoft Excel ini, namun mereka tetap berjaya menyiapkan tugas yang diberi. Ia secara tidak langsung memberi sedikit gambaran mengenai pengunaan Microsoft Excel ini.

Maklumat lanjut https://paritothman.pimaxis.my/aktiviti/2023/BizSimulasiOct.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *