Program SSM BizStart 2023

Program SSM Bizstart 2023 telah kembali diadakan pada 30 Oktober 2023 bersamaan hari isnin bermula pada jam 8.30 pagi. Program dimulakan dengan pendaftaran peserta yang melibatkan petugas dan usahawan dari PEDi. Program pada kali ini bukan sahaja melibatkan PEDi akan tetapi melibatkan pihak INSKEN, BSN, Pernas dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Berteraskan kepada taklimat mengenai Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) ini, rakan strategik yang lain turut sama menghebahkan tentang skim yang tertakluk di bawah agensi masing-masing.

Di samping penerangan yang diberikan, program turut diselang selikan dengan permainan kahoot terhadap para peserta selain sesi soal jawab yang diadakan. Program bulanan ini bukan sahaja membantu para usahawan untuk mendaftarkan lesen perniagaan mereka di SSM akan tetapi mengetahui akan pembiayaan yang disediakan oleh rakan strategik yang lain. Program yang dijalankan secara dalam talian menggunakan Microsoft Teams ini berakhir pada jam 1.00 petang.

Maklumat lanjut https://tanjungpiai.pimaxis.my/aktiviti/2023/BizStartOct.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *