Advokasi – Buli Siber

Kelas advokasi telah dijalankan pada 12 November 2023. Kelas ini dihadiri oleh lepasan murid sekolah menengah. Kelas ini berlangsung di Bilik Latihan PEDi Nanga sekuau selama 1 jam bermula dari 9 pagi dan tamat pada 10 pagi. Untuk kali ini, pelajar didedahkan dengan maksud module yang dipelajari iaitu modul Buli Siber. Buli siber atau gangguan siber adalah sejenis buli yang berlaku dalam talian. Ia dilakukan melalui teks, imej atau video untuk memalukan, mengugut, atau memaki hamun mangsa.

Mangsa mungkin mendapati sukar untuk melarikan diri kerana pembuli siber ini gigih mengganggu di Internet. Pelajar disarankan agar tidak mudah percaya dengan maklumat yang terdapat dalam laman sosial terutamanya seperti facebook dan sebagainya. Mereka juga dinasihatkan supaya tidak mudah untuk berkongsi maklumat yang tidak sepatutnya dikongsi terutamanya di laman sosial. Mereka juga diajar cara bagaimana mengelakkan diri daripada jenayah siber dan bagi memberi kefahaman yang mendalam berkaitan dengan modul yang diajar mereka dengan dipertontonkan video yang berkaitan.

Maklumat lanjut https://nangasekuau.pimaxis.my/aktiviti/2023/CyberBullyNov.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *