Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg. Repek, Rabu 28 September 2022 – PEDi Repek, Pusat Internet Komuniti Kg.Repek telah menganjurkan Kuiz Hari Kebangsaan Malaysia 2022 bersama pelajar SK Sri Kiambang. Kuiz yang berkisarkan sejarah Malaysia ini telah disertai oleh 5 pelajar darjah 3 dan ianya hanya terbuka kepada pelajar yang berdaftar dengan PEDi dan warga Pasir Mas.
Tujuan pertandingan ini adalah untuk menyuntik semangat para rakyat dan menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan menggunakan teknologi hari ini. Kuiz secara atas talian ini telah menggunakan aplikasi WordWall agar dapat menarik minat para pelajar menyertai kuiz ini. Mereka juga dapat mengisi masa lapang dengan lebih bermanfaat.
Peserta yang memenangi pertandingan ini akan diberikan hadiah saguhati. Kakitangan PEDi Repek amat mengalukan para pelajar yang berminat untuk menyertai kuiz ini dalam memupuk semangat patriotik mereka dan mempraktikkan ilmu ICT yang telah dipelajari sebelum ini.