Program Taklimat Keselamatan dan Kebakaran

Pada 30 September 2022, PEDi Kg Batu Gajah telah menyertai Taklimat Keselamatan dan Kebakaran PEDi Kluster Tanah Merah Bersama JBPM Tanah Merah dan Masjid Tebing Tinggi, Kusial Bharu. Program ini bermula pukul 1.00 petang sehingga 3.00 petang bertempat di perkarangan Masjid Tebing Tinggi, Kusial Bharu. Antara yang terlibat dalam program ini adalah PEDi Batu Gajah,Lawang dan Kusial.

Program ini adalah inisiatif pihak PEDi dan Masjid untuk sama-sama memberi kesedaran kepada komuniti tentang panduan keselamatan sewaktu berlakunya kebakaran. Program ini sebagai salah satu aktiviti yang memfokuskan pencegahan kebakaran dan kecemasan di rumah, tempat awam atau di tempat kerja.

Tujuan program ini adalah memberikan pendedahan secara asas dan praktikal tentang keselamatan disamping teknik menyelamatkan diri semasa berlaku kecemasan. Antara agenda program adalah seperti berikut; Solat Jumaat bersama komuniti di Masjid Kusial, Ceramah keselamatan dan kebakaran, Taklimat dan demonstrasi memadam kebakaran.

Anggota bomba juga menerangkan punca-punca kebakaran, bahan mudah terbakar dan juga fungsi serta kegunaan “Fire Extinguiser”. Anggota bomba juga menerangkan langkah-langkah pencegahan kebakaran, sifat-sifat api, kejadian api, punca, tindakan yang perlu diambil semasa kejadian dan cara-cara menggunakan peralatan dengan betul berdasarkan sistem-sistem kebombaan yang sedia ada dalam sesuatu bangunan. Komuniti yang hadir juga sangat baik dan menunjukkan kepekaan komuniti setempat berkaitan isu-isu keselamatan melibatkan api.

Bagi melengkapkan demonstrasi latihan kebakaran ini, pihak bomba meminta wakil daripada masjid dan PEDi serta komuniti untuk sama-sama melakukan latihan memadam kebakaran. Setelah selesai demonstrasi memadam kebakaran, majlis diakhiri dengan menyampaikan cenderahati kepada anggota bomba dan ajk masjid. Seterusnya majlis bersurai dan jamuan makan bagi meraikan anggota bomba dan ajk masjid.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *