Program Hari Malaysia

Petugas PEDi Presint 9 Fasa 10 telah menyertai PEDi Presint 18 untuk melaksanakan program sempena meraikan sambutan Hari Malaysia pada 16 September yang lalu. Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan untuk para komuniti yang hadir.

Program ini dapat mengeratkan jalinan ukhwah antara staf pengurusan PEDi dengan komuniti. Pengunjung yang hadir telah menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Taklimat Klik Dengan Bijak oleh MIV PEDi Putrajaya, Kuiz Kahoot Teka Bendera, Pertandingan Poster Canva, TikTok Challenge dan Cabutan Bertuah.

Menariknya pemenang bagi Poster Canva dan Tik Tok Challenge dipilih berdasarkan jumlah like yang terbanyak di platform media sosial mereka dan para pemenang menerima hadiah berupa wang tunai. Program berlangsung di PEDi Presint 18, Putrajaya pada 24 September 2022, Sabtu bermula jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *