Asas Penyelenggaraan PC

Modul penutup hari terakhir Kursus Asas ICT PEDi Daro sesi September 2022 merupakan modul Asas Penyelenggaraan PC. Ianya dijalankan pada 26 September 2022 bermula dari pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan PEDi Daro. Modul Asas Penyelenggaraan PC memberi penekanan tentang aspek-aspek seperti:

-Mempelajari asas-asas menggunakan komputer.
-Mengetahui kaedah yang betul semasa mengendali dan menyelenggara komputer.
-Mempelajari langkah-langkah dan tip-tip berguna semasa berhadapan dengan komputer yang bermasalah.


Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai seorang peserta telah menyertai kursus ini yang merupakan belia lepasan sekolah dari sekolah berhampiran. Pihak penganjur masih menggalakkan setiap peserta untuk menitik beratkan kesihatan dengan mengamalkan penjarakan fizikal, menggunakan face mask dan hand sanitizer sepanjang kursus berlangsung.

Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *