Kelas ICT – Microsoft Excel ini diadakan pada hari Sabtu, 1 Oktober 2022. Kelas ICT – Microsoft Excel ini diadakan bertujuan untuk mengajar dan membimbing pengguna tentang cara membuat jadual, memasukkan data dalam jadual dan cara menghasilkan graf atau carta yang sesuai berdasarkan jadual yang telah disediakan.
Kelas ICT yang berlangsung di bilik latihan PEDi Kampung Pandan tersebut diadakan selama 1 jam bermula dari pukul 11.00 pagi, disertai oleh 10 orang murid sekolah rendah. Kelas dimulai dengan penerangan secara ringkas tentang Excel, kegunaan Excel dalam pengumpulan dan penghasilan suatu data dan fungsi-fungsi ringkas yang terdapat dalam Excel. Kemudian, staf PEDi Kg Pandan menunjukkan cara untuk membuat jadual pelajar yang terdiri dari dua kategori iaitu nama dan umur yang berbeza. Para pengguna dibimbing tentang cara memasukkan data dengan betul ke dalam jadual yang telah disediakan. Seterusnya, staf PEDi membimbing tentang cara menghasilkan carta yang bersesuaian dengan data yang terdapat dalam jadual. Semua pengguna berjaya menghasilkan carta mengikut tunjuk ajar daripada staf PEDi. Kelas tersebut tamat pada pukul 12.00 tengahari.