Pada tahun 2015 Perpustakaan Kuala Lumpur telah bergabung dengan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti (JPPPK). Selaras dengan perubahan semasa, mulai 1 Januari 2018 Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) telah diwujudkan setelah berlakunya penggabungan dan penstrukturan semula antara Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti bersama Jabatan Perkhidmatan Kawasan. Pada tahun 2019 Bahagian Pengurusan Rekod telah digabungkan bersama Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar bagi memperkasakan peranan dan tangungjawab Jabatan supaya berkemampuan untuk menyediakan sistem penyampaian yang lebih cekap dan efisyen kepada warga kota Bandar Raya Kuala Lumpur.
Dengan wujudnya laman sesawang ini, ianya lagi memudahkan kerja bagi komuniti yang memerlukan perkhidmatan daripada DBKL seperti E-perumahan (penyewaan rumah awam, kedai, tempat parkir, rumah jual) dan ai juga tidak membebankan komuniti yang tidak dapat ke jabatan tersebut kerana tempat yang jauh, terutama sekali warga emas atau ibubapa.
Sehubungan dengan itu, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) PPR Kampung Muhibbah telah mengambil inisiatif mengadakan sesi Tutorial Pendaftaran E-perumahan Melalui laman sesawang DBKL bagi membantu komuniti tempatan yang mengusahakan perniagaan untuk mendaftarkan kedai secara sah dengan DBKL. Komuniti yang terlibat semasa sesi tutorial dilaksanakan merupakan usahawan dan juga penduduk di Program Perumahan Rakyat (PPR) B40 dan diberikan tunjuk ajar daripada staf PEDi tentang cara penggunaan komputer untuk mendaftarkan kedai dengan DBKL mereka menerusi dalam talian dengan melayari portal E-perumahan DBKL(http://eperumahan.dbkl.gov.my/erumah/).