PEDi Presint 9 Fasa 10 telah menjalankan kelas Latihan Pemantapan ICT untuk ahli PEDi terdiri daripada 6 orang peserta lelaki dan latihan ini berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 10. Pada sesi ini, petugas berkongsi pengetahuan dan kemahiran dalam mereka cipta logo menggunakan applikasi secara atas talian iaitu Looka.com dan bagi sesi seterusnya diadakan latihan kuiz kahoot yang bertemakan Malaysia iatu, Tempat Menarik di Malaysia dan Permainan Tradisional Malaysia
Melalui aktiviti ini :
Dapat memberi pendedahan kepada peserta penggunaan applikasi Looka yang sangat menarik untuk peserta mereka logo dengan mudah.
Dapat menguji pengetahuan peserta megenai Malaysia dan sekaligus dapat berkongsi maklumat mengenai negara Malaysia.