Satu siri kelas latihan menaip telah bermula pada 14 Mac yang lalu. Bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Tebelu, siri pertama telah berjaya diadakan dengan objektif untuk memastikan peserta-peserta yang hadir mahir dalam menguasai cara menaip menggunakan perisian Microsoft Word.
Pada siri pertama ini peserta-peserta telah belajar cara asas menaip dengan diberikan satu contoh surat rasmi untuk ditaip semula. Peserta juga diajar setiap fungsi yang ada di dalam Microsoft Word bagi memastikan kelancaran peserta-peserta dalam menaip.
Pihak PEDi Tebelu mengharapkan lebih ramai komuniti Tebelu yang akan hadir ke kelas pada siri yang akan datang dan memastikan peserta-peserta yang hadir dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya.
Maklumat lanjut, sila layari http://kgbarutebelu.pimaxis.my/aktiviti/2023/14Mac23_130323i.html