Borang Permohonan Usahawan

Pada 14 Mac 2023, bertempat di PEDi Jerijeh, pihak kami telah membantu dan memberi bimbingan kepada seorang usahawan untuk mengisi borang permohonan membeli peralatan melalui geran.

Permohonan akan dihantar kepada pihak urusetia yang menawarkan geran iaitu Pejabat Pusat Khidmat N 41 Kuala Rajang, Tanjung Manis.

Bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu dari segi memudahkan proses mendapatkan peralatan bantuan untuk perniagaan dan pada masa yang sama juga dapat meningkatkan produksi dan pendapatan usahawan.

Bimbingan yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi selama dua jam ini juga turut diselitkan dengan taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (KDB) dan Penyebaran Maklumat Palsu. Bimbingan tamat pada sekitar jam 11.00 pagi.

Maklumat lanjut, sila layari http://kgjerijeh.pimaxis.my/aktiviti/2023/14Mac23_130323.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *