Cyber Grooming

Program Klik Dengan Bijak (Cyber Grooming) ini berlangsung pada 5 Mac 2023 di PEDi Taib Andak dengan sangat meriah. Ia di adakan dari jam 2.30 petang sehingga 3.30 petang dengan kehadiran 7 orang peserta yang berumur antara 12 hingga 14 tahun.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan kesedaran tentang cyber grooming dan langkah-langkah untuk mengatasi dan membendung cyber grooming.

Hal ini demikian kerana, golongan kanak-kanak dan remaja adalah golongan yang perlu diberikan pendedahan secara serius mengenai cyber grooming ini. Mereka banyak terdedah kepada bahaya di alam maya sekiranya tidak diberi tunjuk ajar yang betul.

Mereka juga telah diberikan tontonan video tajuk iaitu Cyber Grooming agar mereka dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai tajuk tersebut. Ianya begitu menarik minat mereka dan mereka begitu teruja melihat video tersebut.

Diharapkan program seperti ini dapat memberi manfaat kepada peserta-peserta yang terlibat dan mengharapkan lebih banyak aktiviti ilmu diadakan bersama mereka kelak.

Maklumat lanjut, sila layari http://feldataibandak.pimaxis.my/aktiviti/2023/6Mac23_040323.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *