Fun With Internet dan Hobi Saya

Bertempat di PEDi Felda Pasoh 2, satu sesi pembelajaran yang bertajuk “Fun with Internet dan Hobi Saya” telah diadakan. Sesi pembelajaran ini diadakan pada 14 Mac 2023 bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Pembelajaran kali ini bersama pelajar Sekolah Rendah Felda Pasoh 2 dimana ianya dimulakan dengan education games di website abcya.com. Para peserta bermain games “About Me” di mana para peserta perlu melengkapkan maklumat diri seperti nama, hobi, makanan kegemaran, warna kegemaran dan cita-cita.

Untuk permainan “Hobi Saya” pula, peserta dikehendaki untuk belajar cara-cara mencari gambar hobi mereka menggunakan Google Chrome. Kemudian, para peserta di kehendaki untuk meletakkan gambar hobi mereka ke dalam Microsoft Word. Para peserta juga turut belajar cara menukar saiz gambar dan membuat frame pada gambar.

Maklumat lanjut sila layari http://feldapasoh2.pimaxis.my/aktiviti/2023/20Mac23_140323.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *