Kelas Pemasaran Digital Tiktok

Pada 23 Mac 2023 yang lalu, telah diadakan kursus pemasaran digital di Tiktok dengan seramai 15 orang peserta terdiri daripada pelatih-pelatih Giatmara (Ketereh) yang berminat dengan bermatlamat untuk memasarkan produk di platform trending masa kini seperti tiktok selama 3 jam dari jam 10 pagi sehingga 1 petang.

Pada sesi ini, peserta didedahkan dengan garis panduan tiktok, tiktok shop, affiliates, content creator secara buat terus di HP masing-masing dan sebagainya. Kelas ini di sampaikan oleh Cik Asyidah (RD Chengal) bersama-sama Cik Erma Azira (RD Jeram) dan Cik Fajaratu Nur (RD Selising) sebagai tenaga pengajar. Kelas ini bertempat di PEDi Kg Chengal kerjasama PEDi, RD dan Giatmara (Ketereh).

Semoga para pelatih-pelatih Giatmara (Ketereh) mendapat manfaat dari kelas yang diadakan ini dan semoga maju jaya dalam mendigitalkan perniagaan masing-masing kelak.

Maklumat lanjut sila layari http://kgcengal.pimaxis.my/aktiviti/2023/27Mac23_230323.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *