Membina Keyakinan Membuat Siaran Lansung

Pada 23 Mei 2023, Selasa – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Batu Gajah,PEDi Lawang dan PEDi Karangan telah bekerjasama dengan PEDi Repek dalam satu perkongsian keusahawanan secara atas talian di Facebook Kg Repek menerusi Stream Yard Live.Perkongsian mengambil masa lebih kurang 1 jam bermula jam 3 Petang sehingga Jam 4 Petang.

Perkongsian tersebut dikendalikan oleh Pengurus PEDi Kg Repek,Pn.Nor baya.Sepanjang Perkongsian tersebut,pihak PEDi memberikan beberapa tips penting kepada pemula di Tik tok untuk tampil yakin bila berhadapan kamera.Umum mengetahui,tidak semua orang mampu bercakap di hadapan kamera tanpa rasa gugup atau gementar.

Semuanya memerlukan Latihan dan kesungguhan kerana bukan lah semua orang yang boleh bercakap di hadapan kamera adalah disebabkan bakat semulajadi semata-mata.Bagi yang tiada bakat bercakap di hadapan kamera,mereka perlu melatih diri dan yakin pada diri sendiri terlebih dahulu. Selain itu,pihak PEDi juga menekankan kepada pemula agar tidak terlalu taksub melihat bilangan yang menonton atau komen sepanjang secara lansung.

Hal ini boleh menyebabkan pemula akan merasa kurang bersemangat untuk meneruskan secara lansung pada akan datang.Pemula juga dinasihati agar memulakan secara lansung mengikut waktu yang sesuai agar hasilnya lebih berkualiti walaupun masa yang diambil untuk secara lansung tidaklah terlalu lama.Pemula juga perlulah konsisten dalam membuat konten,dan memuat naik konten paling kurang 3 kali sehari agar akaun tik tok pemula sentiasa terhubung dengan penonton lain secara terus.

Selain itu,pihak PEDi juga berkongsi ‘trend’ terkini bila secara lansung adalah menggunakan kaedah skrin hijau yang memaparkan produk pemula dan dalam masa sama penonton dapat melihat muka pemula dan berinteraksi secara terus dengan pemula.Kaedah ini juga dapat membantu pemula mengurangkan perasaan gementar atau tiada idea untuk bercakap.

Pihak PEDi juga menekankan agar siapa sahaja yang ingin berkecimpung dalam dunia perniagaan atas talian agar jangan bertangguh dalam niat dan usaha kerana dunia IT yang semakin canggih siapa lambat akan ketinggalan dan memerlukan masa yang lama untuk sama tahap dengan usahawan secara atas talian yang sudah bermula dari awal.Semoga memberi manfaat kepada semua yang menonton.

Maklumat lanjut http://kgbatugajah.pimaxis.my/aktiviti/2023/TipUshwnMei.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *