PEDi Putrajaya telah meneruskan sesi pembelajaran untuk modul ke-5, Latihan Keusahawanan bersama Pelajar Giat Mara Putrajaya sesi 1/2023. Fokus utama bagi modul ni adalah penggunaan Whatsapp Business dan juga langkah- langkah membuka kedai Shopee. Program diadakan selama dua jam bermula 10.00 pagi sehingga 12.00 bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 10 yang dihadiri oleh 21 orang pelajar dan seorang guru pengiring
Bagi sesi pertama, Petugas PEDi Presint 9 Fasa 10, Puan Harwani memulakan sesi pembelajaran dengan memberi penerangan mengenai asas perniagaan atas talian dan berkongsi beberapa tips yang boleh digunakan oleh pelajar untuk memulakan sesuatu perniagaan. Seterusnya pelajar yang hadir turut berpeluang mempelajari cara menggunakan applikasi Whatsapp Business. Petugas memberi penerangan pada setiap ciri-ciri yang ada di applikasi tersebut untuk memastikan setiap pelajar dapat memahami penggunaannya dan seterusnya dapat memudahkan urusan perniagaan mereka kelak.
Bagi sesi kedua, modul shopee dikendalikan oleh Puan Haryati, Pengurus dari PEDi Presint 18 dimana petugas menerangkan kelebihan dan langkah-langkah menguruskan kedai shopee dan membantu pelajar Giatmara Putrajaya untuk menghasilkan kedai shopee mereka secara individual di platform Shopee. Pelajar-pelajar juga diberi tips dan trick yang perlu dilakukan untuk pelajar dapat meningkatkan hasil jualan dengan menggunakan aplikasi shopee ini. Kemahiran ini bertujuan khusus untuk para pelajar Giatmara Putrajaya yang akan memulakan perniagaan setelah tamat kursus persijilan mereka pada bulan Jun 2023 nanti.
Maklumat lanjut http://presint18.pimaxis.my/aktiviti/2023/WABizMei.html