E-Learning Bahasa Melayu Tahun 3

Sesi pembelajaran bahasa Melayu Tahun 3 kembali diadakan bersama adik Muhammad Sharul Aziem bin Mohd Shamsul. Melalui siri pembelajaran pada kali ini, beliau diajar tentang latihan Pemahaman, latihan Kata Nama Am dan Penjodoh Bilangan. Intipati pengajaran yang sama tetap diajar meskipun telah dipelajari oleh adik Aziem ketika di sekolah. Hal ini bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran penguasaan bahasa Melayu beliau agar lebih mudah cepat faham.

Sesi pembelajaran ini diajar pada 10.00 pagi dan usai pada jam 12.00 tengah hari. Setelah selesai mengikuti teknik pembelajaran yang diajarkan, adik Aziem diajak supaya mengikuti kuiz berasaskan digital menggunakan komputer sebagai input tambahan. Secara tidak langsung membolehkan beliau mengadaptasi konsep pembelajaran secara fizikal dan di alam maya.

Maklumat lanjut http://tanjungpiai.pimaxis.my/aktiviti/2023/BMClassJun2.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *