Kempen kitar semula barangan elektrik/elektronik terpakai (E-Waste) telah diadakan bersama peserta-peserta yang hadir ke PEDi Tebelu pada isnin yang lepas. Kempen seperti ini kerap dilakukan bagi memastikan komuniti Tebelu mengetahui mengenai kempen E-waste ini. Staff PEDi juga menerangkan keburukan pelupusan barangan E-waste jika dilakukan secara salah tanpa mengguna pakai kaedah mesra alam.
Untuk memastikan pelaksanaan sistem pengurusan e-waste yang lestari, pengguna/ penjana buangan (orang awam) adalah bertanggungjawab untuk melupuskan e-waste ke peruncit, pengumpul yang berdaftar atau kemudahan pemerolehan kembali yang dilesenkan sahaja.
Maklumat lanjut http://kgbarutebelu.pimaxis.my/aktiviti/2023/10%20jul%202023.html