Robotic Hand Science Project

Pada tarikh 7 Julai 2023, aktiviti “Robotic Hand Science Project” telah diadakan di PEDi Parit Othman . Tujuan utamanya adalah untuk memupuk minat belajar sains dalam kalangan pelajar. Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sambil bermain sambil belajar serta melatih kemahiran bekerja dalam pasukan. Para peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan, mereka diberikan tugas untuk membuat sebuah robotic hand dengan menggunakan tutorial yang disediakan dalam paparan YouTube. Mereka diberi kebebasan untuk berbincang dengan rakan pasukan dalam usaha menyiapkan tugasan tersebut.

Selain itu, terdapat juga bimbingan daripada kakitangan di PEDi Parit Othman (PEDi) yang sedia membantu jika terdapat sebarang masalah yang dihadapi oleh peserta. Mereka diberi peluang untuk mengasah daya kreativiti dalam diri mereka dengan mencipta robotic hand yang unik dan berfungsi dengan baik. Proses kerja sama dalam menyelesaikan tugas ini turut memberi pengalaman berharga kepada peserta, mengajar mereka tentang pentingnya bekerja sebagai satu pasukan dan berinteraksi dengan orang lain. Diharapkan dari aktiviti ini, peserta dapat membawa pulang pengalaman berharga dan semangat untuk terus belajar dan mencipta dalam bidang sains.

Maklumat lanjut http://paritothman.pimaxis.my/aktiviti/2023/RoboticHandJul.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *