Latihan Pemantapan STEM – Struktur Binaan

Pada 03 Sept 2023 (Ahad) – PEDi Presint 9 Fasa 10 telah menjalankan satu aktiviti STEM khusus untuk ahli baru PEDi terdiri daripada 8 orang peserta lelaki dan latihan ini berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 10

Pada minggu ini, peserta berpeluang untuk mempelajari dan membina struktur bangunan menggunakan 3 bahan yang mudah didapati seperti tanah liat, pencungkil gigi dan kadboard. Pada permulaan sesi, petugas memberikan penerangan mengenai aktiviti dan menayangkan beberapa gambar dan video hasil daripada penggunaan tanah liat. Seterusnya peserta diberikan masa untuk menghasilkan bangunan menggunakan bahan – bahan yang disediakan oleh petugas PEDi dan perlukan dijalankan secara berkumpulan. Melalui aktiviti seperti ini dapat meningkatkan daya kreativiti dan merangsang pemikiran peserta untuk menjadikan binaan tersebut kukuh dan menarik

Diakhir sesi, setiap kumpulan yang berjaya membina bangunan tersebut perlu membentangkan hasil kerja mereka dihadapan petugas dan rakan yang lain sebagai salah satu aktiviti tambahan.

Maklumat lanjut http://presint9f10.pimaxis.my/aktiviti/2023/3%20sept%202023.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *