Pada 20 Ogos 2022, petugas PEDi Sebandi Ulu telah mengadakan kelas Advokasi Buli Siber untuk pelajar sekolah rendah. Perbuatan buli siber merupakan perbuatan berulang dengan tujuan untuk menakutkan , mendatangkan kemarahan dan dan memalukan seseorang dengan menggunakan kemudahan komunikasi menggunakan teknologi seperti teks, laman sosial, emel dan sebagainya.
Selain itu gejala buli siber ini mempunyai kesan segera dan meluas memandangkan serangan pembuli boleh berlaku selama 24 jam sehari dengan kapasiti yang luas. Kesan yang akan dilalui oleh mangsa antaranya ialah kemurungan, berdiam diri dan takut untuk bergaul dengan orang lain. Antara langkah menangani buli siber adalah dengan berkongsi masalah kepada orang yang lebih dewasa seperti ibu bapa, berehat daripada media sosial bagi memberi ruang pemulihan kepada mangsa.
Harus diingat bahawa buli siber merupakan satu perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Semoga dengan keberadaan PEDi Sebandi Ulu sedikit sebanyak dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada masyarakat setempat dan pelajar sekolah.
Intipati program seperti berikut:
-Penerangan tentang Buli Siber
-Soalan & Jawapan