Penyerahan Tablet & Lawatan Pengarah Negeri WPSO MCMC

Satu sesi penyerahan tablet dan lawatan daripada Encik Alyas Roy Haji Amir, Pengarah Negeri WPSO MCMC disertai wakil dari pihak MCMC Puan Juliana dan pihak Maxis Puan Faziyah di PEDi Presint 16.

Program bermula pada pukul 2.00 petang dengan sesi penyerahan tablet oleh wakil MCMC Encik Katirawaan Rajadran seterusnya adalah sesi pembentangan berkenaan pengenalan dan aktiviti yang telah dijalankan di PEDi Presint 16 oleh Encik Hazim selaku Pengurus PEDi Presint 16.

Program seterusnya adalah perkongsian daripada Rakan Digital PEDi Presint 16 iaitu Cik Atiqah mengenai aktiviti usahawan dan program yang telah beliau jalankan semasa bertugas sebagai Rakan Digital

Program disempurnakan dengan sesi penutup dan sesi bergambar bersama pegawai MCMC, Maxis dan Staf PEDi. Program telah berlangsung pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *